fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat landa 9 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang melanda beberapa kawasan di sembilan negeri termasuk bahagian Sarawak pada sebelah petang, hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, antara kawasan terkesan ialah Kedah melibatkan Bandar Baharu serta beberapa daerah di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Turut diramal mengalami cuaca buruk ialah Terengganu membabitkan Dungun dan Kemaman selain Pahang di Rompin.

Selain itu, MetMalaysia berkata, keadaan sama dijangka berlaku di Selangor melibatkan Petaling serta seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada petang ini.

“Di Negeri Sembilan, kawasan yang terlibat ialah Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin manakala di Johor membabitkan Segamat.

“Bagi Sarawak pula, cuaca buruk dijangka berlaku di Kapit melibatkan Song dan Kapit selain Bintulu di kawasan Tatau,” lapor MetMalaysia.

Susulan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan lebih 20 daerah di Semenanjung dan borneo berkuat kuasa sehingga pukul 6 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN