fbpx
Keadaan motosikal dinaiki mangsa selepas terlibat kemalangan di Kilometer 29.4, Jalan Lama Kota Bharu-Kuala Krai, Pulai Chondong dekat Machang, hari ini. Foto IHSAN POLIS

Wanita maut dirempuh kereta ketika pulang tunai solat Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MACHANG – Seorang wanita maut selepas motosikal yang dinaikinya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Kilometer 29.4, Jalan Lama Kota Bharu-Kuala Krai, Pulai Chondong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 47 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Azuhar Md. Nor berkata, siasatan awal mendapati, wanita itu membonceng sebuah motosikal jenis SYM BX110 dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai.

Menurutnya, sebuah kereta Perodua Viva yang dinaiki dua individu turut berada di laluan sama.

“Siasatan mendapati, wanita itu dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Pulai Chondong.

“Seorang lelaki berusia 44 tahun yang merupakan penunggang motosikal itu mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azuhar memberitahu, pemandu dan penumpang kereta Perodua Viva tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN