fbpx
Tangkap layar rakaman CCTV yang memaparkan kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Kampung Pandan.

Pesara tentera maut motosikal bertembung BMW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang pesara tentera maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta mewah di Jalan Kampung Pandan dari arah Bulatan Kampung Pandan menghala ke Desa Pandan, di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dan kereta jenis BMW.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal di lorong kiri dipercayai melanggar bahagian sisi kanan kereta berkenaan yang keluar dari simpang di sebelah kiri jalan.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal iaitu lelaki tempatan berusia 45 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Bahagian Kecemasan hospital berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemandu BMW terbabit merupakan lelaki tempatan berusia 44 tahun dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, beberapa penumpang lain yang berada di dalam kenderaan itu turut selamat.

“Hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran mendapati pemandu datang ke lokasi untuk mengambil rakannya sebelum bergerak keluar menuju ke Damansara,” ujarnya.

Menurut beliau, pemandu terbabit ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan.

“Hasil ujian ujian saringan pernafasan dan ujian saringan air kencing mendapati pemandu negatif alkohol dan dadah,” jelasnya.

Katanya, Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN