fbpx
Azam.

Azam Baki akan dipanggil bantu siasatan dakwaan ugut Albert Tei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Polis akan memanggil bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan terhadap ahli perniagaan, Albert Tei.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, setakat ini dua individu sudah dirakam keterangan termasuk Albert dan seorang peguam yang didakwa menjadi penyampai maklumat berkaitan ugutan tersebut.

Menurut beliau, pihak polis mengambil tindakan susulan selepas Albert membuat laporan polis sebelum mengadakan sidang media mengenai dakwaan berkenaan.

“Selepas laporan polis dibuat oleh Albert, beliau mendakwa ugutan itu diterima melalui seorang peguam. Selepas kita merakam percakapan Albert dan mengenal pasti peguam terbabit, semalam kita telah merakam percakapan peguam yang dimaksudkan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang hari ini.

Katanya, siasatan kes itu masih berjalan dan polis perlu meneliti setiap aspek sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

“Siasatan memerlukan masa dan perlu dilakukan secara telus. Semua sudut perlu diteliti sebelum satu rumusan dibuat berhubung dakwaan tersebut,” ujarnya.

Menurut Kumar, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan selepas laporan polis dibuat Albert pada 13 Mei lalu.

Ditanya sama ada Azam akan dipanggil untuk dirakam percakapan, beliau berkata perkara itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Kertas siasatan juga akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara tidak lama lagi bagi mendapatkan arahan serta nasihat lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN