fbpx
ANTARA haiwan liar yang cuba diseludup oleh seorang warga Malaysia. - Facebook

Rakyat Malaysia dicekup cuba seludup 100 mengkarung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi kerana cuba menyeludup keluar beratus-ratus haiwan liar keluar, lapor portal berita Thaiger semalam.

Pengarah Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan (DNP), Attapon Charoenchansa berkata, penahanan merupakan sebahagian daripada operasi dipertingkatkan menyasarkan sindiket penyeludupan hidupan liar antarabangsa yang menggunakan Thailand sebagai  transit. 

Operasi itu dijalankan oleh pegawai Pejabat Pemuliharaan Hidupan Liar CITES dan Pusat Pemeriksaan Hidupan Liar Suvarnabhumi kira-kira pukul 3.45 pagi (waktu tempatan).

Pihak berkuasa  memeriksa seorang penumpang yang mencurigakan berhampiran pintu berlepas di terminal pelepasan antarabangsa Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Suspek  yang merupakan warganegara Malaysia berusia 34 tahun itu hendak menaiki penerbangan menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Netaji Subhas Chandra Bose di Kolkata, India.

Semasa pemeriksaan bagasi, pegawai CITES  menemui banyak haiwan liar hidup yang disembunyikan di dalam beg pakaian suspek.

Haiwan yang dirampas termasuk dua ekor burung enggang, dua ekor mara patagonia, 62 ekor iguana, lima ekor biawak, 100 mengkarung lidah biru dan 80 ekor kura-kura. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN