fbpx
Keadaan trafik di beberapa lebuh raya utama pada tengah hari ini.

Ramai sudah mula balik kampung, lebuh raya perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat tengah hari ini susulan peningkatan jumlah kenderaan dan beberapa kemalangan jalan raya.

Menurut Info Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), antara laluan terjejas ialah di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) arah utara dari Jalan Duta ke Bukit Lanjan berikutan kemalangan di Kilometer 24.3 yang menghalang lorong kecemasan.

Di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara pula, trafik bergerak perlahan dari selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke pusat bandar.

Selain itu, kesesakan turut dilaporkan di Tambak Johor membabitkan kedua-dua arah iaitu dari CIQ Woodlands, Singapura ke CIQ Sultan Iskandar, Johor Bahru serta dari pertengahan jambatan menghala ke CIQ Woodlands.

Bagi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), trafik perlahan dikesan arah timur dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi.

Di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), aliran trafik arah timur dari Lanchang ke Temerloh turut terjejas susulan kemalangan di Kilometer 116.8 dalam laluan kontra yang diaktifkan berikutan kerja pembinaan tebatan banjir di arah barat.

Sementara itu, di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), trafik perlahan dilaporkan arah utara dari Puchong Perdana ke Puchong Intan serta dari Taman Megah ke SS2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN