fbpx
ZULKEFLI (kiri) memberi penjelasan tentang pelan pembangunan Dennistown kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Kerian baru-baru ini.

Dennistown pelengkap KIGIP, penuhi permintaan industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Pembangunan bercampur Dennistown akan menjadi projek har­tanah yang dijadikan sebagai asas persediaan kerajaan negeri me­nerusi Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) untuk menghadapi jangkaan lonjakan per­mintaan pasaran.

Pertambahan permintaan ini di­jangkakan seiring dengan projek pem­bangunan Taman Perindus­trian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP).

Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Zulkefli Abdullah berkata, jangkaan permintaan berkenaan dapat di­lihat sebelum ini di Tanjung Malim menerusi satu lagi projek berimpak tinggi di Perak iaitu ­Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV).

Menurut beliau, pembangunan Den­nistown yang melibatkan kawasan seluas 58.2 hektar itu adalah satu keperluan bagi menampung ke­masukan pekerja dan keluarga me­reka ke daerah tersebut.

“Konsepnya sama seperti AHTP Tanjung Malim. SSI tak terlibat dengan projek itu secara terus tetapi kami melihat apa keperluan sekiranya industri ada di situ.

“Peniaga-peniaga memerlukan ru­mah kedai, kalau tidak pun mereka boleh membuka restoran atau ka­fe. Kita boleh menyediakan itu.

“Pekerja-pekerja pula memerlukan rumah. Kita menyediakan (rumah dan infrastruktur) berda­sarkan jangkaan permintaan daripada limpahan industri yang akan dibangunkan di sesuatu tempat. Itu ­peranan kita,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Zulkefli berkata, pembangunan Dennistown merangkumi pelbagai jenis kediaman termasuk rumah teres satu dan dua tingkat, rumah berkembar, Rumah Perakku 1, 2 dan 3, rumah bandar, kedai pejabat serta Kuarters Penjawat Awam Daerah Kerian.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kira-kira 32 hektar tanah di Dennistown telah dibangunkan oleh unit kediaman yang menyediakan projek seperti Rumah Perakku.

Baki kawasan yang lain pula, ma­sih dalam fasa pembangunan dan dijangka siap menjelang 2030, se­kali gus melengkapkan pembinaan sekitar 1,500 unit perumahan dan lain-lain yang menelan belanja antara RM350 hingga RM400 juta.

“Kompleks Pentadbiran Daerah Kerian pula menjadi salah satu tang­gungjawab SSI kepada kerajaan negeri apabila kita membangunkan suatu kawasan. Inilah sumbangan yang kita bagi balik kepada kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri tidak menge­l­uarkan sebarang peruntukan un­tuk pembinaan projek ini. Nilai pem­bangunan kompleks ini ialah RM42.5 juta dan kalau kita kira se­kali dengan kuarters penjawat awam, nilainya menjadi RM51.5 juta,” terangnya.

Zulkefli berkata, Kompleks Pentadbiran Kerian itu adalah pembangunan strategik SSI yang menjadi nadi pentadbiran daerah dan direka berkonsep moden, praktikal serta mesra pengguna.

Tambah beliau, ia dilengkapi ba­ngunan pejabat empat dan dua tingkat, dewan serbaguna serta ka­feteria bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan ­me­nyokong kecekapan penyam­paian perkhidmatan kepada rakyat.

“Pembinaan kompleks ini adalah sebahagian daripada komponen dalam pembangunan bercampur Dennistown,” katanya.

Projek Pembangunan Bercampur Dennistown adalah selaras de­ngan aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030 yang menekankan kepada pembangunan inklusif, sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang cekap serta kesejahteraan rak­yat sebagai fokus utam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN