PELAKON jelita Alia Bhatt didakwa membayar beberapa orang paparazi ketika menghadiri Festival Filem Cannes baru-baru ini untuk berebut-rebut merakam gambarnya.
Spekulasi tersebut tercetus selepas awalnya dia dilihat kurang mendapat sambutan sekumpulan jurufoto ketika melalui karpet merah pada hari pertama muncul di acara itu.
Namun pada hari berikutnya, namanya diseru beberapa jurufoto sehingga dia didakwa membayar mereka.
Nama Alia dikatakan belum cukup besar dan tidak setaraf dengan Aishwarya Rai yang sememangnya terkenal sebagai ‘ratu’ Festival Filem Cannes.
Setiap kali Aishwarya melangkah ke acara berkenaan, jurufoto akan menjerit-menjerit memanggil namanya untuk mendapatkan gambar terbaik.














