fbpx
BOURNEMOUTH berpeluang untuk beraksi di pentas UCL sekiranya berlaku perubahan kedudukan carta pada aksi terakhir Ahad ini. - AFP

EPL: Bournemouth harap ihsan City, Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Selepas mengesahkan tempat ke saingan Liga Europa musim depan, Bournemouth memiliki peluang untuk beraksi di pentas lebih tinggi dengan layak ke saingan Liga Juara-Juara (UCL), namun peluang itu tidak bergantung kepada mereka semata-mata.

Perlawanan akhir Liga Europa awal pagi semalam menyaksikan Aston Villa muncul juara untuk mendapat slot automatik ke UCL, namun skuad kendalian Unai Emery itu sudah mengesahkan tempat sejak minggu lalu selepas berjaya berada di posisi keempat.

Bagaimanapun, aksi terakhir liga musim ini yang akan berlangsung Ahad nanti mampu mengubah situasi apabila Liga Perdana Inggeris (EPL) berpeluang untuk menghantar enam wakil berbanding lima yang ditetapkan.

Situasi itu membuka ruang buat Bournemouth yang berada di kedudukan keenam ketika ini, namun ia perlu memenuhi beberapa syarat bergantung kepada keputusan perlawanan terakhir itu nanti.

Pada perlawanan itu nanti, Bournemouth hanya memerlukan satu mata menentang Nottingham Forest untuk mengesahkan tempat keenam, namun untuk ke UCL mereka perlu bergantung kepada Manchester City dan Liverpool.

Mereka perlu berharap City mampu menewaskan Villa, selain Liverpool yang berada di tangga kelima ketika ini harus mencatat kemenangan ke atas Brentford sekali gus menyaksikan perubahan bakal berlaku pada kedudukan carta.

Berdasarkan peraturan, Villa perlu berada di kedudukan kelima saingan menyebabkan Bournemouth berharap skuad kendalian Emery itu tewas kepada City, sambil Liverpool mampu membenam Brentford untuk bertukar kedudukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN