fbpx
PENGUAT kuasa KPDN menahan sebuah lori ais yang digunakan untuk mengumpul diesel di sebuah stesen minyak di Sungai Petani, semalam.

Helah guna lori ais kumpul diesel terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Helah seorang lelaki warga emas menggunakan lori ais untuk mengumpul minyak diesel terbongkar apabila dia ditahan di sebuah stesen minyak, di sini semalam.

Penahanan lelaki tempatan berusia 61 tahun kira-kira pukul 11 pagi itu adalah hasil risikan dan intipan selama dua minggu oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri.

Menurut KPDN negeri, dalam serbuan itu, pihaknya menemukan satu tong IBC berkapasiti 1,000 liter yang penuh berisi cecair disyaki minyak diesel.

“Hasil siasatan awal oleh pasukan serbuan terhadap suspek mendapati minyak di dalam tong IBC tersebut dibeli di empat buah stesen sekitar Sungai Petani.

“Serbuan tersebut dilakukan di stesen minyak keempat” katanya di sini, hari ini.

Katanya, kesemua barang yang dijumpai semasa serbuan disita dan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM38,005.

“Kes disiasat di bawah kesalahan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) kerana memiliki barang kawalan (minyak diesel) tanpa permit menyimpan, ” ujarnya.

KPDN Kedah menyeru sama ada pengguna, peniaga mahupun pihak industri atau mana-mana organisasi menyokong Gerakan Membasmi Manipulasi dan Ketirisan (Kita Gempur). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN