fbpx
TANGKAP layar video kejadian sebuah kereta Nissan Almera terjunam ke dalam sungai di Kampung Sri Maju, Senai, Kulai hari ini. Foto IHSAN BOMBA

Nissan Almera terjunam dalam sungai, bomba sahkan tiada mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Sebuah kereta jenis Nissan Almera ditemui terjunam ke dalam sungai di Kampung Sri Maju, Senai di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.19 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai bersama sebuah jentera FRT digerakkan ke lokasi kejadian.

“Jentera tiba di lokasi pada pukul 11.31 pagi dan mendapati benar terdapat sebuah kereta berada di dalam sungai.

“Pihak bomba menerima maklumat daripada polis bagi memastikan sama ada terdapat mangsa di dalam kenderaan tersebut atau sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, dua anggota bomba kemudian turun ke dalam sungai dengan menggunakan peralatan perlindungan diri (PFD) serta tali penyelamat bagi menjalankan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada mangsa berada di dalam kereta tersebut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 12.13 tengah hari selepas keadaan disahkan selamat,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN