PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki Melayu membantu seorang gadis berbangsa Cina yang motosikalnya kehabisan minyak berhampiran Masjid Kampung Duku, Masjid Tanah menarik perhatian netizen.
Perkongsian dimuat naik @Xiaojiee16 di laman TikTok itu tular selepas dia berkongsi pengalaman dibantu lelaki tidak dikenali ketika berada dalam kesusahan.
Menurut Xia, kejadian tersebut mengubah persepsinya terhadap sikap masyarakat yang sebelum ini dianggap tidak peduli dengan keadaan orang lain.
“Dulu dalam mindset saya, saya rasa dunia ini semua orang ‘nonchalant’. Tiada orang yang akan tolong melainkan keluarga dan diri sendiri,” katanya menerusi kapsyen hantaran tersebut.
Katanya, ketika kejadian dia sedang keluar bersiar-siar sebelum motosikal ditunggangnya kehabisan minyak kerana tidak sempat singgah di stesen petrol.
Disebabkan itu, dia terpaksa memberhentikan motosikal di tepi jalan dan menghubungi ibunya untuk meminta bantuan.
“Ketika tunggu mak saya datang, tiba-tiba ada seorang abang berhenti dekat lampu isyarat dan tanya kenapa.
“Saya cakap motosikal tak ada minyak dan tanya sama ada dia boleh tolong belikan minyak,” katanya.
Menurutnya, lelaki yang menaiki sebuah Perodua Kancil itu tidak sempat memberi jawapan kerana lampu isyarat bertukar hijau, namun sempat memberi isyarat tangan supaya dia menunggu.
“Lepas beberapa minit, saya nampak abang itu datang semula sambil bawa sebotol minyak,” ujarnya.
Tambah Xia, dia kemudian meminta kod QR untuk menggantikan wang petrol yang dibelanjakan lelaki terbabit, namun permintaannya ditolak dengan baik.
“Dia cakap, ‘tak apa, hari ini saya ada rezeki saya tolong awak, nanti orang lain tolong saya bila saya susah’,” katanya. – KOSMO! ONLINE
@xiaojiee16Dulu dlm mindset saye saye rase dunia ni punya orng semua nonchalent nobody will help u kecuali diri sendiri dengan family tapi today suda mengubahkan mindset saye mmg thankyou ii sangat pakcik mmg x sangka akan ade orng tolong saye i nk keluar malam minggu astu motor x sempat nk sampai minyak stesen waktu tu i call mak mak tengah dtng lah astu tetiba ade sorng abng dia benti kat trafik light dia tanye “nape x de minyak ke” astu i pun ckp lah“ya abng boleh tolong isi minyak x”astu dia x sempat nk jwb sbb lampu dh hijau astu dia buatkan tangan suruh tunggu after a few minit i see abng tu dtng kat saye dengan bwk sebotol minyak i mintak qr ngan pakcik pakcik x bagi astu pakcik ckp“harini i tolong u lain kali orng lain pulak tolong saye ”thankyou abng and thankyou jugak my mom














