fbpx
Tangkap layar video memaparkan motosikal berkuasa besar melakukan aksi berbahaya di Lebuh Raya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE), baru-baru ini.

Penunggang Ducati buat aksi ‘wheelie’ di SPE didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang ditahan kerana melakukan aksi berbahaya ‘wheelie’ ketika menyertai konvoi motosikal di Lebuh Raya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE) akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, pertuduhan itu dibuat selepas pihaknya menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“kedua-dua kes akan dituduh di Mahkamah Trafik Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi esok di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, polis mengesan video tular dalam aplikasi Threads yang memaparkan dua lelaki melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal pada pukul 11 pagi, 9 Mei lalu di Lebuh Raya SPE dari arah pusat bandar menghala ke Putrajaya.

Katanya, aksi berbahaya tersebut dipercayai dilakukan penunggang motosikal jenis Ducati Hypermotard 950 dan Ducati Panigale masing-masing berwarna merah dan hitam.

Polis kemudian menahan kedua-dua lelaki berusia 31 dan 36 tahun itu selain merampas sebuah motosikal untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN