fbpx
Gambar yang dimuat naik di Threads oleh Lyndadalyn memaparkan sekeping nota ditulis oleh anaknya yang berusia lapan tahun.

‘Mummy saya dah tolong masak nasi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dipuji netizen kerana membantu memasak nasi semasa ibunya sakit.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Threads oleh pengguna Lyndadalyn, dia berkongsi sekeping nota comel daripada anak perempuannya yang diletakkan pada periuk nasi.

“Mummy (ibu) saya dah tolong masak nasi!,” tulis anak perempuannya di nota tersebut.

Menurutnya, dia berasa terharu dan sebak melihat keprihatinan anaknya itu ketika dia sedang sakit akibat senggugut.

“Melampau ke saya sebagai ibu nampak nota ini terasa gembira tapi macam sebak sebab terasa cepat betul anak membesar. Anak perempuan saya baru lapan tahun, tapi dia punya ‘common sense’ memang sangat tinggi. Ceritanya mummy (ibu) senggugut, makan ubat and terbangun lambat. Tapi dia dah bangun dulu and terus masakkan nasi,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji didikan ibu bapa kanak-kanak tersebut dan menyifatkan sifat empati yang tinggi itu bermula daripada teladan baik di rumah.

“Satu pencapaian anak yang tak semua merasa, tahniah. Selepas ini boleh masak lauk pula, lagi berbunga-bunga hati ibu,” ujar Madam_Najwa.

Perkongsian berkenaan turut membuka ruang kepada ibu bapa lain untuk berkongsi kisah kebaikan dan kerajinan anak-anak mereka yang masih kecil.

“Anak perempuan saya sembilan tahun bangun-bangun terus bancuh air, buat roti bakar untuk semua orang. Senyap-senyap dia bangun buat semua benda. Anak solehah saya,” jelas Wawers pula.

“Anak lelaki saya umur lapan tahun. Saya ajar dia cara basuh pinggan mangkuk dengan bersih sahaja. Kebetulan tak berminyak pula itu dia cuci hehehe,” kata Azza_Mustaffa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN