fbpx
ZII JIA memilih untuk tidak menyertai Malaysia Masters dan dijangka menyertai kejohanan di Amerika Syarikat. - SHIDDIEQIIN ZON

Zii Jia bakal galas cabaran di Amerika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia dijangka bakal menyertai kejohanan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) selepas dilihat mendapatkan visa ke negara tersebut.

Perkara tersebut dikongsikan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menerusi satu hantaran dimuat naik ke laman Instagram rasmi selepas menerima kunjungan Zii Jia dan pasukannya.

“Dari Kuala Lumpur ke Los Angeles! Kami amat teruja menyambut kehadiran bintang badminton Malaysia, Lee Zii Jia bersama pasukannya di Kedutaan Amerika Syarikat hari ini sebagai persiapan menghadapi kejohanan di Los Angeles.

“Sukan memiliki keistimewaan tersendiri dalam merapatkan hubungan antara kedua-dua negara dan kami tidak sabar untuk melihat Zii Jia mempamerkan bakat hebatnya di gelanggang Amerika. Selamat berangkat dan semoga berjaya, Zii Jia!” kata kenyataan tersebut.

Keputusan bekas juara Asia dan All England itu untuk menggalas cabaran di Amerika Syarikat menjawab persoalan mengenai perancangannya selepas mengambil keputusan tidak menyertai Malaysia Masters.

Terdahulu, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu menolak peluang untuk beraksi di Malaysia Masters menerusi aksi kelayakan selepas beberapa pemain menarik diri daripada kejohanan tersebut.

Zii Jia yang kembali menyertai aksi kompetitif selepas pulih daripada kecederaan buku lali dan mempamerkan corak permainan cukup baik apabila tidak pernah tewas ketika membantu pasukan negara di Piala Thomas.

Bagaimanapun, dia gagal mengekalkan aksi konsisten apabila gagal melepasi pusingan pertama Terbuka Thailand selepas tewas mengejut 20-22, 10-21 kepada pemain Israel, Daniil Dubvenko. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN