fbpx
SYAFEEQ (kanan) bersalaman dengan peguamnya di Kompleks Mahkamah Kangar, hari ini.

Anak bekas MB Perlis bebas tuduhan tuntutan palsu RM19,505

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Anak lelaki kepada bekas Menteri Besar Perlis dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM19,505.10, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Mohd. Syafeeq Mohd. Shukri, 37, di akhir kes pendakwaan.

Nu’aman dalam penghakimannya memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat setelah meneliti keterangan saksi serta bahan bukti yang dikemukakan sepanjang perbicaraan kes tersebut.

Katanya, mahkamah mendapati terdapat isu berkaitan pengesahan bahan bukti serta penentuan sama ada tertuduh merupakan seorang ejen seperti dinyatakan dalam pertuduhan.

“Setelah meneliti keterangan saksi-saksi, mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap pertuduhan. Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Fadhly Yaacob.

Ahmad Fariz kemudian memaklumkan pihak pendakwaan akan memfailkan notis rayuan dalam tempoh 14 hari bagi semakan terhadap keputusan mahkamah tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN