fbpx
Nik Noor Fatihah menunjukkan sebahagian uniform bomba milik suaminya yang hangus dijilat api dalam kebakaran di Kampung Jambu Merah, Melor, Kota Bharu. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI/ KOSMO!

Rumah terbakar, isteri bomba sempat selamatkan wang RM45,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang suri rumah sempat menyelamatkan wang tunai milik ibunya sebanyak RM45,000 yang akan digunakan untuk menjelaskan bayaran membeli sebidang tanah selepas rumah pusaka keluarganya di Kampung Jambu Merah, Melor di sini terbakar pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, Nik Noor Fatihah Nik Man, 37, bergegas mengambil kesemua wang ibunya, Mek Yah Deraman, 67, apabila melihat api marak membakar sebahagian rumah tersebut.

Nik Noor Fatihah berkata, kejadian berlaku ketika suaminya, Mohd. Alifudin Ahmad, 37, yang merupakan anggota bomba bertugas di Balai Bomba Pengkalan Kubor, Tumpat keluar untuk menunaikan solat Jumaat.

Menurutnya, dia terdengar beberapa kali letupan pada fius utama sebelum berlaku percikan api yang terus membakar rumahnya.

“Melihat api marak, saya terus bergegas masuk ke dalam bilik dan terus mengambil wang tunai sebanyak RM45,000 milik ibu di dalam laci yang akan digunakan untuk bayaran tanah kepada sepupu.

“Saya membawa dua anaknya yang berusia dua dan lima tahun keluar melalui pintu dapur bagi mengelakkan daripada terperangkap kerana jeriji pintu utama dikunci dari luar oleh suami yang keluar untuk menunaikan solat Jumaat,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Jambu Merah, Melor di sini hari ini.

Nik Noor Fatihah memberitahu, bagaimanapun dia terkilan kerana tidak sempat mengambil wang simpanannya dan kini tinggal sehelai sepinggang apabila semua barangan dan kelengkapan sekolah anak-anak hangus dijilat api.

“Buat masa ini, kami menumpang di rumah sepupu saya yang terletak di sebelah rumah pusaka ini sementara menunggu kediaman tersebut dibaiki semula,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Nik Noor Fatihah di talian 013-446 0140 atau terus akaun Bank Simpanan Nasinal miliknya, 0301441100002850. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN