fbpx
AARON (kiri) dan Wooi Yik optimis untuk mengulangi pencapaian tahun lalu dengan melangkah ke final Malaysia Masters. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Malaysia Masters: Aaron optimis final ‘all Malaysian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pemain beregu lelaki No.1 negara, Soh Wooi Yik menyuarakan keyakinan wakil negara mampu mengulangi pencapaian tahun lalu yang menyaksikan pertemuan sesama sendiri di final Kejohanan Badminton Malaysia Masters.

Pada edisi kali ini yang akan berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil bermula esok, pemain berusia 29 tahun itu percaya Malaysia memiliki peluang cukup baik berdasarkan senarai beregu yang menggalas cabaran.

Wooi Yik berkata, dia dan Aaron Chia akan turun beraksi dengan lebih tenang pada edisi kali ini kerana ada dua kejohanan lebih besar selepas ini, iaitu Terbuka Singapura dan Terbuka Indonesia.

“Memang kami akan ambil pendekatan satu demi satu perlawanan seperti biasa sebab tahun lepas pun kami ada keputusan yang baik di sini. Harapan kami adalah untuk mengekalkan momentum tersebut.

“Boleh (final all Malaysian) kerana kita pun ada tiga beregu dari BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Selain itu, ada beberapa gandingan profesional, memang peluang tinggi untuk final all Malaysian,” katanya ketika ditemui selepas sesi uji gelanggang di Unifi Arena hari ini.

Pada edisi tahun lalu, Aaron-Wooi Yik muncul naib juara Malaysia Masters selepas tewas kepada rakan sepasukan, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam aksi tiga set 12-21, 21-15, 16-21 di pentas final.

Sementara itu, Aaron menegaskan, mereka tidak berdepan tugas mudah untuk mengulangi pencapaian mara ke final kerana menganggap setiap beregu yang datang memiliki standard tersendiri.

“Sebenarnya (cabaran) tidak mudah kerana setiap beregu yang datang ada standard masing-masing, tambahan ini merupakan Super 500. Kami perlu mengeluarkan segala yang ada,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN