fbpx
KAWASAN Plaza Tol Karak dikatakan menjadi lokasi anak-anak muda merempit dikhuatiri boleh menyebabkan berlaku kemalangan.

Luahan: Pantau mat rempit berlumba di Plaza Tol Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Saya merupakan penduduk Bentong, Pahang yang sering berulang alik ke Temerloh dan Kuantan atas urusan kerja hampir setiap hari.

Sudah tentu laluan utama yang mudah dan lancar adalah melalui Lebuh Raya Pantai Timur meskipun terpaksa membayar tol.

Masalah yang ingin saya ketengahkan di sini adalah bukan isu tol atau jalan, namun isu lain iaitu mat rempit.

Kebiasaannya apabila sampai di kawasan Plaza Tol Karak saya akan berhenti berehat di kawasan hentian plaza tol berkenaan termasuk untuk ke tandas.

Apa yang mengejutkan ialah kawasan plaza tol berkenaan sering menjadi lokasi mat rempit untuk berlumba.

Sepanjang berehat di dalam kenderaan, saya lihat anak-anak muda yang menunggang motosikal begitu berani menjadikan plaza tol berkenaan sebagai tempat permulaan.

Mereka akan berlumba sehingga ke laluan keluar ke Karak dan berpatah balik ke plaza tol tersebut dengan melawan arus.

Bunyi bingit enjin motosikal sememangnya mengganggu keselesaan orang ramai sama ada yang berhenti untuk berehat atau pun yang melalui jalan berkenaan.

Apa yang lebih membimbangkan adalah soal keselamatan pengguna jalan raya lain sekiranya berlaku kemalangan.

Tindakan mat rempit yang menunggang motosikal melawan arus juga dilihat amat berbahaya yang dilihat berisiko terlibat kemalangan.

Perkara ini bukan perkara baru dan saya sering kali menyaksikan aktiviti ini di lokasi sama.

Saya harap pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu dan melakukan pemantauan berkala agar aktiviti menyalahi undang-undang seperti ini segera diatasi.

Jangan sampai bila ada yang terkorban baru hendak bertindak.

Mahu Pantau
Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN