fbpx
Nur Desslinna Cheah (dua kiri) bersama kakaknya, Nur Dearrinna (dua kanan) dan ibu bapa serta adik pada Majlis Konvokesyen Management and Science University Ke-37 di MSU, Shah Alam. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

Genggam Emas Canselor lepas gigih dalami bahasa Inggeris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kegigihan seorang graduan mendalami ilmu bahasa Inggeris sejak 2020 berbaloi apabila dinobatkan penerima Anugerah Pingat Emas Canselor pada Majlis Konvokesyen Management & Science University (MSU) ke-37 di sini, hari ini.

Nur Desslina Cheah Mohd. Ridzuan Cheah, 24, berkata, cabaran menuntut dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan bagi Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) berjaya ditempuhi hasil disiplin dan fokus terhadap pelajaran.

“Selepas memperoleh diploma, memang tidak dinafikan saya bergelut menuntut dalam jurusan itu kerana silibus pembelajarannya semakin sukar.

“Namun, saya menganggap ia sebagai cabaran dan gembira berjaya menggengam ijazah TESL selain turut menerima anugerah ini,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Dia dan kakaknya, Nur Dearrinna Cheah, 26, iaitu pemegang Sijil Pembuatan Roti antara 1,879 graduan daripada 120 program pengajian yang diraikan pada konvokesyen itu.

Menurut Nur Desslina, fokus mengulangkaji pelajaran dan doa bersama rakan kuliah sebelum peperiksaan antara resipi kejayaan dikecapinya itu.

“Dua minggu menjelang peperiksaan, saya akan menjauhi sepenuhnya daripada hiburan seperti mendengar muzik dan menonton televisyen bagi mengelak terganggu.

“Selain itu, saya dan beberapa rakan kuliah akan mendoakan kejayaan masing-masing dan itu juga berkat doa kami bersama,” ujarnya.

Jelas anak ketiga daripada empat beradik itu, dia bercadang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang sama bagi merealisasikan impiannya menjadi pensyarah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN