fbpx
BINGBING memenuhi impian terakhirnya untuk menjadi pengantin. – AGENSI

‘Influencer’ kahwin diri sendiri meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang pempengaruh menghidap kanswer kanser yang ‘mengahwini dirinya sendiri’ untuk memenuhi impiannya menjadi pengantin, meninggal dunia secara tragis pada usia 29 tahun, lapor akhbar Daily Star.

Wang Bingbing meninggal dunia pada awal semalam. Pada  2023 ketika berusia 27 tahun, kehidupannya berubah secara drastik apabila dia disahkan  menghidap kanser serviks peringkat pertengahan.

Selepas itu, Bingbing mula berkongsi perjuangan menghadapi kanser secara dalam talian. 

Dia menjalani histerektomi lengkap pada November 2023, diikuti kemoterapi. Walaupun menerima rawatan, penyakit itu kembali pada Jun 2025, seperti petikan laman berita NeedToKnow.

Kanser itu juga telah merebak dan dia menerima rawatan tambahan, di mana penampilannya berubah secara mendadak. 

Akhir tahun sama dan menyedari ajalnya semakin hampir, Bingbing mengadakan ‘perkahwinan untuk seorang’ bagi memenuhi impian menjadi pengantin.

“Mengahwini diri sendiri masih dikira sebagai berkahwin,” katanya di hadapan kamera.

Ketika meninggal dunia, dia telah mengumpulkan lebih setengah juta pengikut.

Selepas kematian Bingbing, kakaknya berkata di laman sosial: “Adik saya baik hati, berhati murni, ceria dan bersikap mesra.

“Pemergian mengejutnya menyebabkan seluruh  keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan berada dalam kesedihan yang amat mendalam,” tambahnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN