fbpx
Gambar kemalangan berkenaan yang berlaku di KM 3.8 Lebuh Raya Elite, hari ini.

Jururawat Hospital UiTM maut langgar treler di Elite

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang jururawat lelaki Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut selepas motosikal ditunggangi melanggar sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 3.8 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), hari ini.

Kemalangan kira-kira pukul 7 pagi itu mengakibatkan mangsa parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, siasatan awal mendapati treler tanpa muatan itu dari arah Seafield menuju Bukit Jelutong telah berhenti di lorong kecemasan selepas mengalami tayar pecah.

“Mangsa yang menunggang motosikal dari arah sama gagal mengelak lalu melanggar bahagian kanan belakang treler tersebut.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN