fbpx
PETUGAS penyelamat bekerja di lokasi sebuah bangunan kediaman yang rosak teruk akibat serangan Russia di Kyiv semalam. – AFP

Russia bedil Kyiv bertalu-talu, 21 orang terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KYIV – Serangan besar-besaran misil dan dron Russia  menyasarkan Kyiv semalam membunuh membunuh sekurang-kurangnya 21 orang, kata Perkhidmatan Kecemasan Ukraine.

Tentera udara Ukraine berkata, Russia melancarkan 675 dron dan 56 peluru berpandu, terutamanya ke arah Kyiv sambil menambah, unit pertahanan udaranya  menembak jatuh 652 dron dan 41 misil musuh.

“Semuanya terbakar. Orang ramai menjerit, orang ramai meraung,” kata penduduk Kyiv yang dikenali sebagai  Andriy kepada AFP berhampiran sebuah bangunan kediaman era Kesatuan Soviet yang runtuh.

Presiden Volodymyr Zelensky,  berkata 20 tapak di ibu negara Ukraine itu rosak, termasuk rumah, sekolah, klinik veterinar dan infrastruktur awam lain.

“Usaha menyelamat dan memadamkan api masih diteruskan di lokasi serangan di Kyiv. Serangan peluru berpandu Rusia memusnahkan blok kediaman dari tingkat satu hingga tingkat sembilan,” katanya.

Seramai 21 orang termasuk tiga kanak-kanak terbunuh, kata perkhidmatan kecemasan Ukraine awal hari ini, meningkat daripada 16 orang sebelum ini.

“Tujuh mayat ditarik keluar daripada  runtuhan sebuah bangunan kediaman yang musnah iaitu  tiga lelaki, tiga wanita dan seorang budak perempuan, kata polis sambil menambah, 45 mangsa lain cedera.

Tentera Rusia menembak lebih 1,500 dron menyasarkan Ukraine sepanjang kelmarin dan semalam, kata tentera udara Kyiv. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN