fbpx
ANGGOTA Batalion 5 PGA menahan salah seorang ahli sindiket yang melakukan pemindahan minyak dalam serbuan di kawasan perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor Bahru, Rabu lalu. Foto IHSAN POLIS

Sindiket kumpul minyak sawit mentah tanpa permit tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kegiatan sindiket mengumpul minyak sawit mentah tanpa permit sah tumpas apabila tiga lelaki diberkas dalam serbuan di kawasan perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini, Rabu lalu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.15 tengah hari menerusi Op Taring Palma itu, anggota Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam turut merampas 22,000 liter minyak sawit mentah dianggarkan bernilai RM633,050.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Salehin Suleiman berkata, pihaknya menahan dua lelaki tempatan berusia 31 dan 41 tahun serta seorang lelaki warga asing berusia 32 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan turut menemukan sebuah lori tangki jenis CAMC berwarna biru, sebuah lori tiga tan jenis Mitsubishi, tiga tong berisi 550 liter minyak sawit mentah, 13 tong drum selain hos dan paip penyambung.

“Siasatan awal mendapati sindiket menggunakan lori tiga tan untuk membeli dan mengumpul minyak sawit mentah daripada lori-lori tangki yang membawa muatan bahan berkenaan.

“Minyak sawit mentah itu kemudian dikumpulkan ke dalam tong drum sebelum dijual semula mengikut harga pasaran kepada pembeli lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan pengumpulan minyak sawit mentah tanpa permit sah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN