fbpx
CITY berjaya mengekalkan rentak kemenangan selepas menewaskan Palace untuk terus memberi tekanan ke atas Arsenal. - AFP

EPL: ‘Doa’ Guardiola buat Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola ‘berdoa’ untuk melihat satu kesilapan dilakukan oleh pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal dalam baki dua perlawanan musim ini.

Harapan besar itu dizahirkan selepas anak buahnya cemerlang meraih kemenangan 3-0 ke atas Crystal Palace di Stadium Etihad, awal pagi semalam.

Tiga mata diraih memberi keyakinan buat Guardiola yang beranggapan pasukannya masih lagi ‘bernyawa’ untuk cuba berikan saingan dalam perebutan kejuaraan musim ini.

“Kami cuba untuk terus ‘hidup’ sehingga perlawanan selepas ini, menentang Bournemouth. Sekarang fokus kami adalah kepada perlawanan akhir (Piala FA) menentang Chelsea.

“Bergantung kepada mereka (Arsenal). Jika mereka menang dalam dua perlawanan, tiada apa-apa lagi untuk dilakukan atau pun yang boleh kami perkatakan. Dua perlawanan selepas ini juga agak sukar,” katanya.

Tugas getir pastinya menanti Manchester City memandangkan Bournemouth ketika ini juga sedang bermotivasi tinggi untuk mengintai peluang bagi mendapatkan slot ke Liga Juara-Juara, musim depan.

Mengulas lanjut tentang kemenangan ke atas Palace kali ini, Guardiola menghamburkan pujian kepada Phil Foden yang dianggap menjadi watak penting kepada kemenangan pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN