fbpx
Model motosikal Honda CBR650RAC (kiri) dan CMX500A yang diarah untuk dipanggil semula oleh JPJ.

430 motosikal Honda dipanggil semula akibat isu teknikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan sebanyak 430 unit motosikal Honda model CMX500A dan CBR650RAC dipanggil semula susulan pengesanan isu teknikal yang berpotensi menjejaskan aspek keselamatan kenderaan.

JPJ menerusi kenyataan memaklumkan, proses pemanggilan semula itu akan dilaksanakan oleh Boon Siew Honda Sdn. Bhd. bermula 25 Mei ini bagi tujuan pemeriksaan serta tindakan pembetulan terhadap komponen berkaitan.

Katanya, sebanyak 160 unit model CMX500A keluaran tahun 2023 hingga 2024 dikenal pasti mengalami isu ‘handle lock screw loosening’.

“Sebanyak 270 unit lagi melibatkan model CBR650RAC keluaran tahun 2024 hingga 2025 pula dikesan mempunyai masalah ‘wire harness short circuit*’,” katanya.

JPJ berkata, semua pemilik motosikal yang terlibat akan dihubungi oleh pihak Boon Siew Honda bagi penyelarasan slot pemeriksaan kenderaan masing-masing.

Katanya, pemilik kenderaan juga dibenarkan hadir secara walk-in ke mana-mana pusat servis Honda berhampiran di seluruh negara.

“Sebarang komponen yang dikenal pasti terlibat akan digantikan dengan kos yang ditanggung sepenuhnya oleh Boon Siew Honda Sdn. Bhd.

“Pemilik kenderaan model terlibat dimohon membuat perancangan bagi membolehkan proses pemanggilan semula dan pemeriksaan dijalankan secepat mungkin,” ujarnya.

Tegasnya, pihaknya akan terus memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula itu bagi memastikan semua motosikal terlibat menjalani pemeriksaan dan disahkan selamat digunakan di jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN