fbpx
Pencarum KWSP boleh memindahkan lebihan simpanan kepada isteri dan anak.

i-Legasi ‘talian hayat’ pasangan, anak jika pencarum meninggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengenalan skim i-Legasi seperti yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah satu langkah tepat bagi memperkukuhkan simpanan keluarga tanpa menjejaskan simpanan asas ahli.

Kata Pakar Ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai, melalui skim itu, ia memberi perlindungan kewangan jangka panjang kepada pasangan dan anak.

“Selain itu, skim ini juga mengurangkan risiko waris terpaksa bergantung kepada bantuan luar selepas kematian pencarum. Simpanan dalam KWSP biasanya lebih selamat berbanding menyimpan sendiri tanpa disiplin,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Kemudahan i-Legasi, membenarkan ahli KWSP yang berumur 55 atau 60 tahun ke atas kini memindahkan sebahagian lebihan simpanan mereka kepada akaun KWSP ahli keluarga terdekat seperti pasangan dan anak-anak.

Barjoyai berkata, skim itu juga memberikan simpanan KWSP yang lebih besar serta kesinambungan kewangan jika pencarum meninggal dunia.

Selain itu, katanya, waris boleh menerima baki simpanan KWSP melalui penamaan dan dividen tahunan terus membantu pertumbuhan simpanan.

“Jika pencarum membuat pengeluaran secara terka­wal, baki dana boleh kekal lama dan menjadi ‘legasi keluarga’,”ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada berapa ramai yang layak mencarum dalam skim tersebut memandangkan kela­yakan adalah simpanan melebihi RM650,000, Barjoyai berkata, majoroti pencarum tidak mempunyai simpanan sebanyak itu.

“Tidak ramai rakyat Malaysia mempunyai RM650,000 dalam KWSP. Jadi angka itu lebih kepada ‘benchmark ideal’, bukan syarat penyertaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan supaya skim i-Legasi diubah menjadi satu akaun Waqf Keluarga bagi pencarum yang beragama Islam.

Jelas beliau, semua ahli ke­luarga khususnya ketua keluarga akan terus menerus menyimpan dan menambah simpanan tanpa mengikut tempoh waktu untuk memaksimakan simpanan.

“Semua gaji dan faedah pekerjaan dan keuntungan boleh dimasukkan ke dalam akaun ini dengan sebahagiannya di masukan ke dalam Akaun 3 untuk membolehkan pengeluaran di buat bila diperlukan.

“Semua ahli akan meniatkan usaha ini sebagai niat untuk berwaqf secara keluarga.

Waqf keluarga (Waqf Ahli) adalah agak berbeza sedikit dari waqf umum di mana ketua keluarga menjadi Mutawali (pemegang Amanah ) dan menguruskan dana waqf bagi pihak semua isi keluarga,” katanya.

Tambah beliau, melalui waqf ini, ketua keluarga akan menjadi mutawalli untuk menguruskan dan menentukan pembahagian dibuat setiap bulan berasaskan peratusan keuntungan yang dipersetujui.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN