fbpx

‘Balik dengan kesan jahitan, mak saya terus peluk menangis…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Nekad enggan lagi bergelumang dalam dunia mak nyah atau transgender, pempengaruh dan usahawan Diva M bersyukur tidak terlajak langkah sehingga melakukan pembedahan membuang alat kelamin. 

Diva M atau nama sebenarnya, Mohd. Muzakir, 37, berkata, kehidupannya kini lebih tenang apabila kembali ke fitrah sebagai seorang lelaki sejak setahun lalu terutama selepas membuang implan di bahagian dada. 

“Saya bersyukur sangat, alhamdulillah saya tak buat benda (sampai) ke tahap yang tak boleh patah balik (buang alat kelamin). 

“Saya masih lagi ada yang original (di bawah). Masih ada (tertawa),” katanya kepada Kosmo! Online pada sesi bersama media di sebuah hotel terkemuka di ibu negara semalam. 

Memperincikan lebih lanjut tentang fasa kembali kepada fitrah sebagai seorang lelaki, kata anak kelahiran Perak itu, semua itu tidak berlaku dengan mudah.

Bagaimanapun, dia memiliki sistem sokongan yang sangat kuat terutama daripada ibu tersayang yang membuatkan dirinya terus cekal tidak lagi memandang ke belakang. 

“Masa pembuangan implan memang tiada perancangan langsung. Keluarga sendiri tak tahu yang saya dah buang implan. 

“Satu hari, saya balik ke rumah dengan keadaan masih ada kesan jahitan dan pertama sekali, saya tunjuk pada mak saya. Dia sendiri tak percaya dan terus peluk dan menitiskan air mata. 

Berminat menceburi dunia nyanyian, Diva M mendedahkan, dia bakal muncul dengan single perdana tidak lama lagi bagi memeriahkan arena hiburan sekali gus mengukuhkan nama sebagai seorang pempengaruh dan usahawan.

“Saya masih ingat kata-kata dia: ‘Ya Allah anak aku’. Dia terus bagi sokongan dan cakap, itu yang dia nak sebenarnya. Mungkin susah sangat dia nak ungkapkan semua itu,” ceritanya dalam keadaan penuh beremosi. 

15 tahun ‘melekat’

Ditanya berapa lama dia menjadi seorang transgender, jawab Diva M: “Berapa lama, saya tak berapa pasti tapi mungkin sejak kecil memang saya seorang yang (berpewatakan) lembut. 

“Tapi soal implan melekat di badan saya, lebih kurang 15 tahun. Saya buang dah hampir setahun — sebelum raya haji tahun lepas saya buang tapi masih ada jahitan di bahagian dada waktu itu.” 

Berkongsi lanjut mengenai penghijrahannya itu, kata Diva, keputusan membuang implan payudara dibuat selepas berdepan perasaan tidak selesa selain pengalaman mimpi yang memberi kesan mendalam terhadap hidupnya.

“Waktu itu saya rasa tak selesa, macam ada sesuatu melekat pada badan. Sampai satu tahap saya pernah mimpi saya mati dan benda itu masih melekat pada tubuh saya.

“Dari situ saya ambil keputusan untuk buang implan dan berdoa supaya Allah tunjukkan jalan. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan dan saya harap dapat jadi insan lebih baik selepas ini.

“Sekarang nak solat pun rasa lebih selesa, tak rimas. Hidup saya juga lebih tenang dan inilah jalan yang saya pilih sampai tua,” ujarnya yang memiliki seorang anak kandung perempuan berusia 8 tahun hasil perkahwinan pada 2017. 

“Bukan anak angkat, tapi memang anak sendiri. Saya kahwin pada tahun 2017 dan ya, sekarang saya berstatus bapa tunggal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN