fbpx
NYAMUK Aedes disimpan di dalam kurungan untuk tujuan kajian di Curitiba, Brazil pada 19 Mac lalu. - AFP

Nyamuk bunuh 760,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Nyamuk membunuh kira-kira 760,000 orang setiap tahun, demikian menurut laman penyelidikan Our World in Data, dengan manusia sendiri berada di tempat kedua dan jauh ketinggalan.
Ini adalah kerana nyamuk menyumbang 17 peratus daripada semua penyakit berjangkit di dunia termasuk malaria, denggi, demam kuning, chikungunya dan Zika.

Ketika dunia semakin panas akibat perubahan iklim, nyamuk muncul di banyak kawasan baharu apabila musim panas menjadi lebih panjang, menimbulkan kebimbangan bahawa serangga ini boleh mencetuskan krisis kesihatan masa depan.

Bagaimanapun, daripada kira-kira 3,500 spesies nyamuk di dunia, sekitar 100 yang menggigit manusia dan cuma lima spesies yang bertanggungjawab ke atas kira-kira 95 peratus jangkitan penyakit kepada manusia, kata ahli biologi vektor, Hilary Ranson.

Secara keseluruhannya, Ranson merasakan bahawa menghapuskan lima spesies nyamuk ini ‘boleh diterima, memandangkan kemusnahan besar’ yang dilakukan pada dunia, daripada kematian besar-besaran sehinggalah kesan ekonomi yang melumpuhkan.

“Lima nyamuk penyebar penyakit ini telah berevolusi dan sangat rapat dengan manusia, termasuk makan dan membiak berhampiran kita’,” katanya.
Ini bermakna menghapuskan lima spesies ini tidak akan memberi kesan besar kepada ekosistem lebih luas, tambahnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN