fbpx
Gambar hiasan

Makin ramai guna pengangkutan awam langkah penjimatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Semakin ramai rakyat memilih menggunakan pengangkutan awam sebagai langkah penjimatan susulan ketidaktentuan ekonomi global dan peningkatan kos sara hidup.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, trend tersebut dapat dilihat menerusi peningkatan jumlah pengguna rel dan bas pada April lalu.

Menurut beliau, purata penumpang rel pada April 2026 meningkat kepada 1,085,580 penumpang sehari, iaitu peningkatan 7.6 peratus berbanding Mac.

“Penumpang bas pula meningkat kepada 227,448 penumpang sehari, iaitu 10.3 peratus berbanding bulan sebelumnya,” katanya pada taklimat krisis bekalan global secara dalam talian hari ini.

Beliau berkata, perubahan itu menunjukkan rakyat mula menyesuaikan corak mobiliti dan perbelanjaan harian kepada pilihan lebih kos efektif.

“Dalam keadaan kos global tidak menentu, perubahan kecil seperti ini penting untuk mengurangkan beban kos yang ditanggung oleh isi rumah.

Dalam perkembangan sama, Akmal berkata, penggunaan tenaga elektrik negara juga menunjukkan peningkatan kecil yang masih terkawal.

Katanya, purata permintaan maksimum elektrik bagi tempoh 4 hingga 10 Mei meningkat 1.4 peratus kepada 20,097 megawatt berbanding 19,815 megawatt minggu sebelumnya.

“Peningkatan kecil ini menunjukkan corak penggunaan elektrik masih terkawal walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN