fbpx
MOHAMED KHALED (tiga dari kanan) melihat proses produk hiliran daripada madu kelulut oleh ahli Badan Kebajikan Angkatan Tentera ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Ekonomi Madani ATM di Kem Batu 3, Kluang hari ini. Foto oleh ADNAN IBRAHIM / KOSMO!

Malaysia guna saluran diplomatik selesai isu pembatalan perolehan peluru berpandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Isu pembatalan perolehan peluru berpandu anti kapal (NSM) dari syarikat Norway, Kongsberg Defence & Aerospace ASA (KDA) akan dilakukan secara pertemuan empat mata hujung tahun ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penyelesaian secara saluran diplomatik itu dilakukan secara pertemuan di Singapura.

Katanya, pembatalan perolehan peluru berpandu yang dibuat saat-saat akhir itu amat memeranjatkan dan mengecewakan pihaknya.

“Adalah sangat malang apabila kita tanda tangan untuk membeli peluru berpandu daripada Norway dalam tahun 2018, dan sepatutnya Mac ini kita sudah terima bagi melengkapkan kapal-kapal kita, tetapi beberapa hari sebelum tarikh penghantaran penghantaran itu dibatalkan.

“Sekarang kita gunakan saluran diplomatik, Perdana Menteri kita akan berhubung dengan Perdana Menteri mereka, Menteri Luar kita dengan Menteri Luar mereka dan saya mungkin akan berjumpa dengan Menteri Pertahanan mereka di Singapura, hujung bulan ini,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Ekonomi Madani Angkatan tentera di Kem Batu 3 di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohamed Khaled enggan mengulas lanjut memandangkan perkara tersebut masih dalam proses rundingan diplomatik.

Pada 9 Mei lalu, KDA menjelaskan bahawa semua keputusan berkaitan lesen eksport bagi pembekalan NSM untuk LCS TLDM, adalah di bawah bidang kuasa penuh pihak berkuasa Norway. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN