ISU keganasan rumah tangga bukan sesuatu yang asing di negara kita. Definisi keganasan rumah tangga bukan semata-mata melibatkan aspek fizikal, tetapi emosi dan psikologi seperti memaki hamun, mencaci, bahkan menghina fizikal. Kesan perbuatan itu boleh dilihat menerusi perubahan sikap kerana ia meninggalkan trauma yang mendalam. Pensyarah Kanan Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender, Universiti Sains Malaysia, Dr. Zaireeni Azmi berkata, isu keganasan rumah tangga tidak wajar dipandang enteng oleh semua pihak. “Kes keganasan rumah tangga bukan ‘kes dalam kain’ atau masalah……














