fbpx
SEBAHAGIAN warga asing yang ditahan di sebuah tapak pembinaan di Bandar Darulaman, Jitra semalam. - Foto ihsan JIM KEDAH

Ops Sapu: 44 warga asing dicekup di Jitra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JITRA – Seramai 44 warga asing yang bekerja di sebuah tapak pembinaan di Bandar Darulaman, di sini ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dalam Ops Sapu, semalam.

Menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, serbuan dilakukan kira-kira pukul 10.50 pagi hasil maklumat awam dan risikan.

“Operasi yang melibatkan 12 pegawai itu dijalankan di tapak pembinaan sebuah bangunan perniagaan di Bandar Darulaman. Seramai 47 individu diperiksa terdiri daripada tiga warga tempatan dan 44 warga asing,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pemeriksaan lanjut membawa kepada penahanan 44 warga asing atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen.

“Tangkapan melibatkan 39 warga Bangladesh, empat warga Indonesia dan seorang warga India atas kesalahan tinggal lebih masa, salah guna pas serta tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Kesemua warga asing berusia antara 22 hingga 44 tahun itu dibawa ke Depot Imigresen Belantik untuk tindakan lanjut. Sepanjang operasi, satu Borang Imm.29 (saman kepada saksi) turut dikeluarkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN