fbpx
Tangkap layar video menunjukkan beberapa jemaah haji dari Indonesia itu memakai topi anyaman. - Instagram

Satu keluarga pakai topi petani tunai haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEKAH – Sebuah keluarga dari Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila tiba di kota suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji dengan memakai topi anyaman. 

Keluarga berasal dari Yogyakarta itu tiba di sebuah lapangan terbang di Arab Saudi kelmarin. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @sinpotv menunjukkan beberapa jemaah haji itu duduk di ruang menunggu sambil mengenakan topi anyaman tersebut. 

Seorang ahli keluarga dikenali sebagai Anton berkata, topi anyaman yang sering dipakai semasa bekerja di sawah itu dipakai untuk melambangkan perjuangan hidup mereka sebagai petani.

Rakaman itu mencatatkan lebih 3,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kreatif! Boleh dijadikan ‘payung’,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN