fbpx
Mohd. Mufsi (tiga dari kiri) dan Azman (tiga dari kanan) beramah-mesra dengan sebahagian pengguna yang mengunjungi PJRM di Unit 6, FRU Wakaf Tapai, Marang hari ini.

431 PJRM Terengganu jana RM31 juta jualan sejak Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Pelaksanaan program Jualan Rahmah Madani (PJRM) di Terengganu sejak awal tahun ini telah memberi manfaat kepada lebih 149,021 pengguna di seluruh negeri ini.

Pengarah Kementerian Pendagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu, Mohd. Mufsi Lat berkata, kesemua PJRM terbabit berjaya menjana nilai jualan melebihi RM31 juta.

“KPDN Terengganu telah berjaya melaksanakan 431 sesi PJRM di seluruh negeri sehingga 7 Mei lalu.

“Ia merangkumi penganjuran di premis, kampus, pasar dan jualan bergerak,” katanya di Wakaf Tapai, di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN ke-54 peringkat Terengganu yang disempurnakan Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam.

Mohd. Mufsi berkata, KPDN Terengganu komited untuk menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menganjurkan PJRM secara mingguan di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Beliau berkata, mekanisme pelaksanaan PJRM mingguan itu telah diperkemas bagi mencapai sasaran membantu pengguna meringankan kos sara hidup mereka.

“Kita bermula dengan PJRM di Pengkalan Unit 6, FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) sempena sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN ke-54 peringkat Terengganu hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN