fbpx
GAMBAR menunjukkan Presiden Trump bersama bos FIFA, Gianni Infantino(kiri). – AFP

Mahal! Trump enggan bayar tiket RM3,900 tonton perlawanan Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON –  Presiden Donald Trump berkata dalam satu temu bual bahawa beliau tidak akan membayar harga tiket lebih AS$1,000 (RM3,921)  untuk menonton perlawanan Piala Dunia pertama pasukan bola sepak Amerika Syarikat (AS)  sekali gus memberi tekanan kepada FIFA berhubung kosnya yang tinggi.

“Saya tidak tahu harga itu. Saya sudah tentu mahu berada di sana tetapi saya tidak akan membayarnya juga, sejujurnya,”  kata Trump kepada akhbar New York Post.

Wakil-wakil  rakyat AS dan kumpulan peminat antarabangsa  mengecam FIFA berhubung struktur harganya untuk kejohanan yang bermula pada Jun  ini dengan kumpulan penyokong, Football Supporters Europe menyifatkannya sebagai ‘pengkhianatan tertinggi’.

Trump kelihatan bimbang bahawa rakyat Amerika berpendapatan rendah yang kebanyakan mereka mengundinya, akan terhalang daripada menghadiri perlawanan Piala Dunia.

“Jika orang dari Queens dan Brooklyn dan semua orang yang menyayangi Donald Trump tidak dapat pergi, saya akan kecewa tetapi  anda tahu, pada masa yang sama, ini adalah kejayaan yang menakjubkan.

“Saya mahu rakyat yang mengundi saya dapat pergi,” kata  Trump  yang mendakwa berjaya mendapatkan Piala Dunia untuk Amerika Syarikat semasa penggal pertamanya sebagai Presiden.

Trump rapat dengan presiden FIFA,  Gianni Infantino  yang Selasa lalu menegaskan bahawa badan induk itu perlu mengambil kesempatan daripada undang-undang AS  yang membenarkan tiket dijual semula pada harga beribu-ribu dolar melebihi nilai muka.

Beliau berkata,  FIFA menerima lebih 500 juta permintaan tiket untuk 2026, berbanding kurang 50 juta digabungkan untuk Piala Dunia 2018 dan 2022.

Pemimpin FIFA itu menambah bahawa 25 peratus tiket untuk perlawanan peringkat kumpulan berharga di bawah AS$300(RM1,176). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN