fbpx
MANGSA ditemukan lemas tepi Jeti Seberang Manong, Jalan Sultan Iskandar Shah di Kuala Kangsar pada pukul 12.47 tengah hari tadi. Foto JBPM PERAK

Lelaki lemas di Manong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KANGSAR – Seorang lelaki berumur 45 tahun ditemukan lemas di tepi Jeti Seberang Manong, Jalan Sultan Iskandar Shah di Kuala Kangsar pada pukul 12.47 tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan MERS 999 yang terdapat seorang lelaki telah ditemui oleh orang awam di dalam sungai.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati, terdapat mangsa lelaki berumur 45 tahun di dalam air bersebelahan bot berhampiran tebing sungai. Polis terdahulu telah berada di lokasi kejadian.
“Ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengarahkan anggota turun ke dalam sungai untuk membawa naik mangsa ke tepi tebing. Polis mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan melakukan siasatan lanjut seterusnya,” katanya di Kuala Kangsar hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN