fbpx
Gambar hiasan.

Rumah dipecah masuk, kerugian cecah RM800,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Sebuah rumah dipecah masuk penjenayah sehingga menyebabkan kerugian dianggarkan mencecah RM800,000 dalam kejadian di Taman Melawati, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu selepas pemilik rumah tiba di kediaman beralamat No. 15 dan 16, Jalan I-Satu, Taman Melawati kira-kira pukul 11.30 malam.

Menurut beliau, pengadu mendapati ruang tamu serta beberapa bilik dalam rumah berada dalam keadaan berselerak sebelum pemeriksaan lanjut menemukan kesan umpilan pada pintu belakang rumah.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai masuk melalui pintu belakang dengan cara mengumpil jeriji dan pintu rumah sebelum menggeledah beberapa bahagian kediaman.

“Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian berjaya menemukan tiga kesan cap jari untuk tindakan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan lanjut mendapati beberapa barang kemas dan jam tangan dipercayai hilang dengan jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM800,000.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN