fbpx
Lisa Surihani reda apabila rayuan permohonan visa haji suaminya Datuk Yusry Abdul Halim ditolak sekali gus tidak berpeluang menunaikan ibadah tersebut bersamanya di Tanah Suci pada musim kali ini.

‘Rayuan visa haji Yusry tak lulus, ini aturan Yang Maha Esa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Datin Lisa Surihani reda apabila rayuan permohonan visa haji suaminya Datuk Yusry Abdul Halim ditolak sekali gus tidak berpeluang menunaikan ibadah tersebut bersamanya di Tanah Suci pada musim kali ini.

Menurut Lisa, 40, dia tidak berasa sedih sebaliknya menerima perkara tersebut dari sudut positif meskipun pernah memasang impian untuk menunaikan haji bersama suami tercinta.

“Saya amat bersyukur atas kelulusan rayuan visa Tabung Haji saya. Segalanya juga telah diatur dengan indah oleh Allah SWT.

“Walaupun berharap dapat memulakan perjalanan ini bersama, namun rayuan visa haji Yusry tidak diluluskan.

“Perkara itu menjadi peringatan untuk terus reda, bahawa setiap niat dan perancangan kita tetapkan tertakluk kepada aturan Yang Maha Esa,” katanya dalam Instagram.

Dalam masa sama, Lisa bagaimanapun bersyukur apabila tiga anaknya kini berada di bawah jagaan Yusry sepanjang ketiadaannya di tanah air.

“Mungkin kehadiran abang (Yusry) lebih diperlukan untuk menjaga keadaan di rumah dan mengurus anak-anak sepanjang ketiadaan saya selama 45 hari.

“Alhamdulillah dengar khabar mereka semua baik-baik saja. Itulah yang paling penting ketika ini, terima kasih sayang daddy,” ujarnya.

Kelmarin, Lisa berkongsi momen ketika berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan haji tahun ini.

Menerusi hantaran tersebut, Lisa dihantar oleh tiga anaknya dan Yusry ke lokasi berkumpul jemaah haji sebelum berlepas ke Tanah Suci.

Dalam masa sama, Lisa juga mendoakan segala urusan seluruh jemaah tahun ini mendapat haji yang mabrur dan ketenangan sepanjang melaksanakan ibadah tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN