Hari Jururawat Sedunia yang bakal disambut pada 12 Mei ini bukan sekadar satu simbolik, malah merupakan pengiktirafan terhadap dedikasi pasukan barisan hadapan yang menjadi tulang belakang sistem kesihatan negara. Krisis pandemik Covid-19 telah menguji kemampuan sebenar jururawat sekali gus membuka mata masyarakat terhadap pengorbanan luar biasa serta cabaran kritikal ditempuh golongan ini. Masih segar dalam ingatan, sepanjang tempoh getir yang meragut banyak nyawa itu, jururawat terdedah dengan risiko jangkitan yang tinggi demi menyelamatkan pesakit. Pengorbanan mereka bukan sedikit apabila perlu……














