fbpx
PESAWAT kedua dipercayai membawa penumpang sakit daripada kapal MV Hondius yang dilanda wabak hantavirus tiba di lapangan terbang Schiphol dekat Amsterdam, hari ini. – AFP

Pramugari KLM pula jatuh sakit, jalani ujian hantavirus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

THE HAGUE – Seorang pramugari syarikat penerbangan KLM  diuji untuk hantavirus selepas menunjukkan simptom ringan dan dimasukkan ke sebuah hospital di Amsterdam, kata Jurucakap Kementerian Kesihatan Belanda, Mischa Stubeitsky kepada AFP hari ini.

Wanita itu sedang menjalani ujian di hospital, kata Stubenitsky.

Media RTL melaporkan, pramugari itu bersentuhan dengan seorang wanita Belanda yang dibawa keluar dari pesawat KLM dan kemudiannya meninggal dunia akibat virus itu di Afrika Selatan.

KLM menyatakan semalam bahawa penumpang itu sempat berada seketika di dalam penerbangan dari Johannesburg ke Belanda, tetapi telah dibawa keluar sebelum pesawat berlepas.

“Disebabkan keadaan perubatan penumpang pada masa itu, kru memutuskan untuk tidak membenarkan dia  berada di dalam pesawat iaitu penerbangan KL592 dari Johannesburg ke Amsterdam pada 25 April, pukul 11.15 (waktu tempatan).

“Selepas penumpang itu dibawa keluar dari pesawat, penerbangan KL592 berlepas ke Belanda,” tambah KLM.

Pihak berkuasa kesihatan Belanda sedang menghubungi orang ramai dalam penerbangan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga, kata KLM dalam kenyataannya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN