fbpx
Pengabaian nafkah dan meninggalkannya tanpa sebarang khabar berita serta tidak memberi sebarang nafkah, maka hukumnya haram dan berdosa. - Gambar hiasan

Hukum suami tinggal isteri tanpa nafkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

APAKAH hukum seorang suami meninggalkan isteri tanpa memberi nafkah, dan apakah status perkahwinan itu?

JAWAPAN: DALAM menjawab persoalan ini, kami mulakan dengan firman Allah SWT: “Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” (Surah al-Nisa’: 19)

Ini menunjukkan bergaul dengan cara baik dan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami terhadap isteri adalah satu kewajipan.

Justeru, pengabaian nafkah dan meninggalkannya tanpa sebarang khabar berita serta tidak memberi sebarang nafkah, maka hukumnya haram dan berdosa

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. (Surah al-Nisa’, 4:34)

Ayat ini menunjukkan bahawa suamilah yang bertanggungjawab untuk memberi dan menyediakan nafkah.

Daripada Jabir RA, katanya: “Bertakwalah kepada Allah dalam mengendalikan urusan kaum wanita. Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan dihalalkan bagi kamu kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah mereka tidak membenarkan orang yang kamu benci masuk ke tempat tidurmu. Jika mereka melakukannya, pukullah mereka dengan cara yang tidak menyakitkan. Kewajipan kamu pula ialah memberikan nafkah dan pakaian yang sepatutnya kepada mereka. Sesungguhnya, aku tinggalkan satu perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang dengannya, iaitu kitab Allah.” (Riwayat Muslim, 1218)

Kehidupan berumah tangga mesti dibina atas satu daripada tiga asas. Pertama, suami bertanggungjawab mengetuai rumah tangga dan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak.

Kedua, isteri mengambil alih semua tanggungjawab tersebut menggantikan tanggungjawab duit. Ketiga, suami isteri bekerjasama melaksanakan tanggungjawab mencari harta dan memberi nafkah.

Persoalannya, apakah yang akan berlaku jika ditinggalkan asas pertama yang merupakan hukum syariat Islam, lalu mengambil asas kedua dan ketiga?

Beberapa perkara akan berlaku kesan daripada tindakan tersebut.
Ia melibatkan masalah mas kahwin iaitu sama ada perempuan bertanggungjawab memberi mas kahwin semuanya kepada lelaki atau mereka bersama-sama bertanggungjawab menyediakan mas kahwin.

Kesan yang pasti berlaku hasil daripada keadaan ini, perempuan akan keluar mencari pasangan lelaki untuk dijadikan suami, sedangkan Allah telah memuliakan mereka dengan menjadikan lelaki mencari perempuan untuk dijadikan isteri.

Hal ini kerana orang yang memberi mas kahwin itulah yang sepatutnya mencari penerimanya. Sekiranya keadaan ini berlaku, perempuan akan berhadapan dengan pelbagai masalah penipuan dan pembohongan golongan lelaki demi mendapatkan suami yang boleh diharapkan dan mampu memberikan perlindungan.

Kedua, perempuan terpaksa melibatkan diri untuk bekerja dan mencari rezeki. Akibatnya, mereka terpaksa bersaing dengan golongan lelaki dalam pelbagai bidang pekerjaan.

Jika ini berlaku, golongan perempuan pasti terdedah kepada perkara yang negatif serta penyelewengan. Keadaan yang berlaku hari ini adalah bukti paling jelas terhadap kenyataan itu.

Kesannya, rumah tangga memerlukan seseorang untuk mengurus dan menjaga hal ehwalnya serta mendidik anak-anak tidak dapat dipenuhi.

Malah, rumah tangga menjadi tidak terurus. Rumah tangga yang sepatutnya menjadi sumber kebahagiaan, pencetus kedamaian, tempat berehat dan berkumpul, kini bertukar menjadi punca masalah serta kacau-bilau.

Ketiga, jika rumah tangga dibina atas satu daripada dua rukun yang telah dinyatakan, sudah pasti hak berada di tangan isteri, sama ada secara bersama atau bersendirian.

Undang-undang ekonomi dan sosial menyatakan, sesiapa yang mengeluarkan belanja, maka dialah yang berkuasa.

Berkenaan dengan status perceraian, ia tidak berlaku kecuali terdapat ta’liq yang jelas ketika akad nikah dan pengaduan dibuat di pejabat atau mahkamah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN