fbpx
LEWANDOWSKI bakal meninggalkan Barcelona pada Jun ini selepas kontraknya berakhir. - AFP

EPL: Liverpool perlu pertimbang peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Penggempur Barcelona, Robert Lewandowski disebut-sebut akan berpindah ke Liga Perdana Inggeris apabila kontraknya di Camp Nou tamat pada penghujung musim ini.

Lewandowski masih kekal sebagai pemain penting buat Hansi Flick ketika Barcelona semakin hampir untuk menjulang gelaran La Liga buat musim kedua berturut-turut selepas meledak 13 gol liga dalam 14 penampilan sebagai kesebelasan utama.

Prestasi tersebut menyaksikan pemain antarabangsa Poland itu masih belum hilang bisa, tetapi ketika kontraknya bakal berakhir 30 Jun ini, masih belum ada perkembangan mengenai destinasi baharu kariernya.

Khabar angin hanya menyebut bahawa pemain berusia 37 tahun itu akan mengikut jejak Lionel Messi dan Luis Suarez ke Liga Bola Sepak Major di Amerika Syarikat, selain Juventus juga dikatakan berminat dengan khidmatnya.

Bagaimanapun, bekas penyerang England, Peter Crouch percaya bahawa bekas kelabnya, Liverpool patut mempertimbangkan peluang untuk mendapatkan khidmat Lewandowski untuk menyelesaikan isu penyudah yang tumpul. .

Ketika Mohamed Salah juga bakal meninggalkan kelab, Crouch percaya Lewandowski merupakan pengganti yang sesuai, malah mampu diperoleh secara percuma ketika ketajamannya masih belum hilang.

“Ini satu perpindahan yang baik untuk Liverpool. Dia pemain bertaraf dunia. Memang dia semakin berusia, tetapi dia masih pilihan yang hebat.

“Isak baru kembali ke dalam pasukan sekarang dan saya rasa dia akan melalui musim yang baik tahun depan. Tetapi, siapa yang akan menolak peluang mendapatkan Lewandowski? Dia masih mampu menjaringkan gol,” jelasnya. – AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN