fbpx
KEEMPAT-EMPAT tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas pertuduhan membunuh seorang warga emas menggunakan senjata tajam dipercayai parang pada April lalu.

Empat lelaki didakwa kes samun warga emas guna parang, sebabkan kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas pertuduhan membunuh seorang warga emas menggunakan senjata tajam dipercayai parang pada April lalu.

Tertuduh S. R. C Parkash Rao, M. V. Aligeswaran, T. Tiagesan dan K. Shanker yang masing-masing berumur 25 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka dihadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat mereka didakwa pada 17 April lalu antara pukul 6 pagi hingga 6.30 pagi di No.110, Lorong Emas L2/1, Pekan Baru Daerah Hilir Perak, Perak mencapai niat bersama telah melakukan bunuh.

Tindakan itu menyebabkan kematian N. Jeyagoby, 70, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Jika sabit kesalahan, kesemua mereka boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun dan tidak melebihi empat puluh tahun.

Jika tidak digantung sampai mati hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali sebatan.

Sesi pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Darwis Aghniya Halim Azizi manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN