fbpx
Asyraf Wajdi

Mara tawar diskaun sewa premis 20 peratus bantu usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) menawarkan diskaun sewaan sebanyak 20 peratus ke atas premis-premis perniagaan yang disewakan agensi itu sebagai langkah membantu usahawan dan penyewa berdepan cabaran ekonomi semasa.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan di Facebook berkata,mana-mana peminjam yang hadapi kesukaran dalam situasi ekonomi hari ini boleh datang ke pejabat Mara seluruh Malaysia untuk distruktur balik.

“Semua peminjam dan penerima manfaat daripada pelbagai skim pembiayaan Mara yang menghadapi kesulitan menguruskan aliran tunai serta kewangan susulan kegawatan ekonomi semasa boleh hadir untuk mendapatkan khidmat rundingan.

“Mereka boleh berunding dengan pegawai-pegawai Mara di seluruh negara sama ada di pejabat Mara daerah, negeri atau terus ke Ibu Pejabat Mara di Kuala Lumpur,” katanya.

Untuk rekod, Mara menyediakan pelbagai skim pembiayaan kepada usahawan Bumiputera termasuk dalam sektor perniagaan, pendidikan, industri halal, automotif dan perusahaan kecil serta sederhana (PKS) bagi membantu memperkukuh ekonomi golongan tersebut.

Langkah berkenaan dilihat sebagai usaha Mara dalam memastikan usahawan terus mendapat sokongan kewangan dan ruang penstrukturan semula pembayaran supaya operasi perniagaan dapat diteruskan dalam keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN