fbpx
Poster Program Quranic Madani Night Reset – Bersatu Dalam Saf yang akan berlangsung di Bukit Bintang, Jumaat ini.

Jawi ‘tawar’ Bukit Bintang Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengajak orang ramai untuk mengimarahkan Program Quranic Madani: Night Reset – Bersatu Dalam Saf yang akan berlangsung di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Jumaat ini.

Jawi menerusi hantaran di media sosial memaklumkan, program berkenaan dijangka dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa jemputan dan ia akan bermula pukul 8 malam hingga 11 malam.

Antara pengisian program termasuk solat isyak berjemaah, solat sunat hajat, tazkirah ringkas serta bacaan surah al-Mulk.
“Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Jangan lupa bawa sejadah dan hati yang tenang,” menurut hantaran Jawi hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN