Mohd. Sayuti sayu melihat sebahagian ikan tilapia yang mati akibat cuaca panas di sangkar diusahakannya di Kampung Cawat, Besut semalam.

5,000 tilapia mati akibat kemarau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Musim kemarau yang ber­larutan dan kemasukan air ma­sin ke dalam Sungai Besut me­nyebabkan 15 pengusaha ke­rugian RM20,000 apabila 5,000 ikan tilapia sangkar yang mereka pelihara di Kampung Cawat di sini, mati sejak hampir tiga bulan lalu.

Mohd. Sayuti Muda, 40, berkata, kebanyakan ternakan mereka yang mati itu merupakan anak ikan tilapia berusia kurang dua minggu.

“Benih ikan tilapia yang kami lepaskan ke dalam sangkar keba­nyakan tidak mampu bertahan la­ma ekoran kenaikan suhu air sungai.

“Sifat ikan tilapia yang hidup di permukaan air menyebabkan ia tidak tahan panas lalu mempercepatkan kematiannya,” katanya ketika ditemui.

Menurut Mohd. Sayuti, musim kemarau berlarutan juga telah menyebabkan air Sungai Besut menyusut sehingga membolehkan air laut memasuki muaranya.

Dakwanya, ia menyebabkan sangkar ikan mereka yang terletak berhampiran muara sungai diterobos air masin berkenaan.

“Ikan sungai seperti tilapia me­mang sensitif dengan pe­ningkatan kadar kemasinan air ­sungai,” dakwanya.

Seorang lagi pengusaha, Yu­zairie Mat Yusof, 44, pula men­dakwa mereka terpaksa menangguhkan sementara kemasukan benih ikan tilapia baharu bagi meminimumkan kerugian.

“Biasanya kami akan masuk­kan benih baharu sekiranya bila­ngan ikan matang di dalam sangkar semakin berkurangan.

“Begitupun buat waktu ini, ki­ta tangguhkan sementara. Buat apa masukkan benih ikan baharu kalau kesudahannya kita tahu, ia akan mati dalam tempoh kurang dua minggu dan menambahkan lagi kerugian,” dakwanya.

Yuzairie juga mendakwa kos operasi mereka juga semakin meningkat ekoran terpaksa membersihkan sangkar daripada bangkai ikan mati hampir setiap hari bagi mengelakkannya berbau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN