fbpx
UNITED mempamerkan aksi cukup cemerlang sejak Carrick dibawa masuk sebagai pengurus sementara. – AFP

EPL: Pemain mahu Carrick terus kekal di United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pemain te­ngah Manchester United, Kobbie Mainoo seolah-olah memberi isyarat kepada pengurusan ter­tinggi kelab supaya mengekalkan pengurus sementara, Michael Carrick dengan melantiknya secara tetap.

Ia berikutan kenyataan pemain berusia 21 tahun itu yang menyifatkan kehadiran Carrick sudah menyuntik semangat baharu dalam pasukan sehingga membantu United mengesahkan kemaraan ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Mainoo berkata, semua pemain sangat menghormati pe­ngurus yang pernah dilabelkan sebagai ‘jeneral’ tengah padang itu sehingga mereka sanggup untuk mengorbankan nyawa demi Carrick setiap kali turun ber­aksi.

“Beliau (Carrick) memainkan peranan yang sangat penting bagi membantu saya mendapatkan semula keyakinan untuk bermain. Bukan saya sahaja, malah semua pemain bermain dengan lebih yakin selepas kehadiran beliau.

“Apa yang boleh saya katakan adalah kami semua mahu ikut beliau dan berjuang untuknya. Sekiranya kami terpaksa mati demi beliau, kami sanggup dan ia sudah dibuktikan dalam beberapa perlawanan,” katanya.

Setakat ini, kedudukan Carrick dalam pasukan itu masih menjadi tanda tanya biarpun sudah membuktikan kemampuan dengan mengemudi United mencatat 10 kemena­ngan dalam 14 perlawanan selepas dibawa masuk menggantikan Ruben Amorim.

Selepas membawa United kembali ke kancah UCL, penyokong mula mendesak pemilik supaya melantik Carrick sebagai pengurus tetap, namun beberapa calon lain turut berada dalam radar, terma­suk pengurus Bournemouth, Andoni Iraola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN