Selama ini, jika saya turun mencandat sotong mengabang dari bot, teknik yang biasa digunakan adalah dengan mengikat perambut cabang ‘T’, satu cabang diikat ke ke batu ladung sebagai pemberat dan satu lagi ke candat. Joran pendek yang dapat menampung berat batu ladung, bawah enam kaki panjang digunakan supaya mudah diselenggarakan di atas bot. Trip ke Pekan, Pahang ini, Johari Jamil menunjukkan satu ladung yang dipanggil egi sinker berbentuk kepala ikan dengan satu lubang yang boleh memasukkan kepala candat ke dalamnya.……














