fbpx
SEORANG murid perempuan SK Sri Maimon, Parit Sulong, Batu Pahat maut selepas dilanggar sebuah Van membawa barang dalam kejadian tengah hari tadi. Foto IHSAN PEMBACA

Murid maut dilanggar van depan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Kegembiraan seorang murid perempuan pulang dari sekolah bertukar tragedi apabila dia maut dipercayai dilanggar sebuah van di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Maimon, Parit Sulong di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu, mangsa dipercayai baru sahaja tamat sesi persekolahan dan dalam perjalanan pulang ke rumah bersama murid-murid lain.

Berdasarkan maklumat awal, van membawa barang itu dikatakan melalui kawasan tersebut sebelum berlaku pelanggaran menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di badan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi sekali gus mengundang suasana pilu dalam kalangan warga sekolah dan orang awam yang berada di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, satu kenyataan akan dikeluarkan selepas siasatan lengkap dijalankan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN